Tuesday, March 14, 2006

rahsia wanita vs bukan rahsiaku

Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. sebabnya aku tak suka nak menangis depan orang seolah2 meminta simpati dan menyerlahkan kelemahan diri...kadang2 ego tu perlu.

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. sebab aku akan jadi lebih marah nanti.....ada kalanya sesuatu itu tidak memerlukan penjelasan dan pujukan.

Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). macam aku gak, zull u ar the best in the world.....sape nak mengaku laki die ada kelemahan.

Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluardengan lelaki lain. yap...tapi tak bermakna itu adalah cinta...

Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperticoklat!!...aaarrgghh....cepat2 masuk balik dalam peti sejuk.

Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. Kadang kala pujian itu mendatangkan keburukan dan menyebabkan kita lupa diri..

Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. waaarrr....jangan bunuh diri..mati sesat ma....

Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. mungkin hati die akan cair balik...hahaha..

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. Lagu teman tapi mesra best ape......

Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. kecik gler ati aku kalu ada orang cakap gitu...setiap orang ada kelemahan dan kelebihannya...bukannya tak bermakna langsung.....apa lu ingat lu hebat sangat ke?

Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. waar...bosan gler ma....buat lah lawak baik punye cilok skit2......hidup mesti happy

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidakberminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akantahu berita tersebut. mula2 mesti jual mahal.....baru best..pastu bolehlah proses rundingan akan dilaksanakan....ni dikatakan cabaran dalam proses perundingan...

Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. betul gak...tapi kita kene senyum ngan sume orang .,..kang kata sombong, sape yang rugi....senyum skit2 dahlah. jangan buat orang perasan dah lah.

Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. cinta bermula dengan persahabatan...dari mata turun ke hati...baru kekal lama...

Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. betul...ingat dengan sume lelaki boleh kuar sesuka ati ke.....mungkin die tak percaya, jadi perbaiki diri anda untuk anada mungkin perbaiki diri untuk perempuan..ok

Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. mungkin sesuatua kan terjadi...try your best..chaiyo'

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!. ingat hati n perasaan same ke..lain0lain ma....jangan serkap jarang atau buat pendirian sendiri....tak salah bertanya dari sesat jalan.

Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. yap...tapi bila die dah jumpa lelaki lain yang lagi bagus...napelah aku tak jumpa lelaki ni dulu lebih awal dari yang sekarang....

Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalahrajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. ilmu tu penting utk tambah pengetahuan..kalu tak sape nak baca buku2 cinta tu....

Bila setiap kali gambar kelas keluar,bendapertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. sebab biasanya perempuan suka nak bergambar sebelah dengan orang ynag die suka...nak tengok padan ke tak...

Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! zull...kau lah segala-galanya..luv u so much

Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. ye..maksudnya ada orang yang ingat n hargai.

Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. tapi masih ada rahsia untuk diri sendiri je yang tahu....

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. ye..lah...nak usahalah sendiri...main jalan belakang plak...tak best langsung....gentlelah skit

Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. tapi cinta bukan segala-galanya...remember this

Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..tapi bukan semua wanita menyintai lelaki yang menyintai mereka....kerana lebih baik pilih lelaki yang menyintai dari dicintai.

Senjata wanita adalah airmata!!...sebab lelaki pun lemah dengan air mata seorang wanita...tapi tak semua air mata itu benar.

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulushati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. ya...aku ingat lagi suprise party birthday untuk aku...n tak kan melupakannya...

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah ye......