Friday, February 10, 2006

Sejarah Assyuura

"Bila Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, beliau telah melihat beberapa orang Yahudi yang sedang berpuasa pada hari Assyuura. Bila bertanya, : Apa ini?", mereka berkata. " Ini adalah hari apabila menyelamatkan Musa dari lemas, maka kami berpuasa hari ini". Baginda berkata "kami lebih berhak ke atas Musa dari kamu", maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh (umat islam) berpuasa pada hari tersebut".

Quraish juga memuliakan hari ini semasa zaman Jahiliyyah. Hari di mana manusia diarahkan berpuasa untuk hanya satu hari. Apabila Nabi s.a.w datang ke Madinah, ia adalah di dalam bulan RabieulAwwal, dan pada tahun hadapannya baginda berpuasa Assyuura dan mengarahkan semua orang berpuasa. Kemudian pada tahun itu puasa diwajibkan pada bulan Ramadhan dan berpuasa "Assyuura" di mansuhkan.

Nabi s.a.w tidak menceritakan kepada semua orang mengenai Puasa Assyuura ini, tetapi beliau mengatakan, "Ini adalah hari Assyuura, saya berpuasa pada hari ini dan barangsiapa inginkan berpuasa hari ini maka bolehlah ia berpuasa. Dan sabda beliau : "Berpuasa pada hari Assyuura akan mengampunkan dosa dalam setahun, dan berpuasa pada Hari Arafah mengampunkan dosa 2 tahun". Apabila menuju ke arah dekat dengan kematian beliau, Nabi s.a.w mendengar bahawa orang Yahudi mengambil hari Assyuura sebagai Hari Raya, beliau berkata, "Jika aku hidup sehingga tahun depan, aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9 - bagi membezakan dengan orang yahudi, dan tidak mengikut mereka mengambil hari tersebut sebagai hari perayaan".

0 Comments:

Post a Comment

<< Home