Monday, September 24, 2007

haluuuuuuuuuu

Selamat Berpuasa!!!!!!

asbie

Wednesday, September 27, 2006

RISIKAN rahsia




16 hb september 2006 adalah hari keRISIKANku...rahsia
daa....
insyalah

i'm going to die...

askum....selamat berpuasa...huh aku xda mood betul ari ni...aku nak tgk wayang, nak pegi main bola, nak pegi jogging, main badminton, terangjang orang, lempang...argh...sume ada. aku bosan sorang2 macam duduk dalam hutan yang langsung xada monyet buat teman.sebenarnya aku tension banyak keje....yang tertangguh.huh itulah tabiat buruk aku yang paling sukar dikikis..xtau nak kikis pakai apa...emmm..korang ada cadangan?hem....harap2 aku layak menghabiskan degree aku semester ni.....aku nak keje..ups...sebenarnya nak kawin cepat, bagi org lain jeles kat aku (mcm emi).

buat seseorang tu yang slalu buat ku nangis n yang aku nak giler asyik ingat kat die....aku ucapkan selamat berpuasa..haha xtau nak ucapkan apa.aku halalkan sumenye.....sume skaliiiiiiiiiiiiiiiiiii.......tapi aku tak boleh lupakan die...ishkk.....ishkk..nangis, nangis, nangis...huhu..

ntah apalah yang aku mengarut dah....tapi aku dah lama xda teman tapi mesra...hahaha....
ok daaaaa....selamat berbuka puasa...rajin2lah pegi terawih...
mz u all baby.

Friday, April 21, 2006

wanita dan kekejaman

kalu kita tengok berita, surat kahabar dua, tiga menjak ni...banyak betul isu bunuh...sume wanita pla tu...
issshh...takut betul...bahaya untuk wanita di mana-mana sahaja....
sebagai wanita zaman sekarang ni kita kene tahu teknik2 untuk protect diri kita....banyak ancaman dari luar ayang kita tak jangka...tapi satu hal gak...perempuan2 sekarang ni brani sangat...tak tahu nak sediakan payung sebelum ujan...sesetengah tu percaya je cakap jantan2 sekarang...dah takda otak nak pikir kot...kemaruk sangatlah tu....kalu kita tengok kes2 bunuh yang melibatkan perempuan banyak kat dalam umah...sape suruh bagi lelaki masuk umah....kan die yang mengundang perkara buruk tu...yang kat dalam semak...potong sana, potong sini...gler aar tak lalu makan kalau ingat balik....oleh itu kepada semua kaum2 wanita...kita kene jada diri kita sendiri..jangan mudah terpedaya atau percaya dengan orang lain walaupun orang tu baik ngan kita...pikir dulu baik buruk sebelum buat.....

tapi kan perempuan dulu ngan sekarang jauh beza...ada tu yang sangat kurang ajar dan tak de perasaan langsung (sori).....cari lelaki yang kaya2 je...tak pun yang senang kene tipu....tipu semua duit dorang....yang perempuan kenynag perut...terutama student2sekarang lah....yang lelaki pulak bodoh...bagi je....kita kene ingat orang dulu2 ada kata kumbang bukan seekor...bunga bukan sekuntum..dari dulu lagi kita tahu benda ni..nilai2 balik apa yang kita buat, baik dan buruk. jangan sampai orang kata cerdik tapi bodoh yan amat sebenarnya...

w'salam

tinggal 1 hari je lagi nak exam tapi aku boleh relax...lagi 4 bab aku tak baca lagi ni.....
emmm...aku ada baca blog emi yang tertekan tu.....tak tau nak bagi nasihat ape...sebab aku pun sama macam emi....lain kali tak payah aar bagi kawan pinjam duit banyak2...nak mintak balik kan dah segan....tersipu2..padan muka aku. tapi bengang gler aarr...dah lama tak bayar2...tak reti2lah tu.kalu kira2...boleh dah bayar pendahuluan beli kete.......
tapi nak buat cam ne..nak marah pun kawan, nak mintak slalu pun segan...diam jelah...
sabor jelah...ek emi.semoga mereka2 itu ingat hutang2 mereka n bayar aar 50% dan cukup.

em...kepada kawan2 aku yang lain..wah..wah..wah...bersenang-lenang nampak...tak baca buku...dah bape ari ni dok main2 je...mula petang ni kita *d rajin2...moga2 aku dapat A subjek management ni bak kata korang...n aku harap korang pun sama.....kita kalah2 mereka2 yang itu yang banyak bersandiwara.

daaaa...

Tuesday, April 18, 2006

final exam mgm2111

arrrg.....aku dah bingung nih..

new information to all my frenz....
aku dah tgk virtual class pn haslina.
then....
ni senarai topic yang masuk final exam..

chapter 10: merekabentuk org. adaptif
chapter 11: menguruskan perubahan dan inovasi
chapter 14: kedinamikan gelagat dalam organisasi
chapetr 15: leadership
chapter 16: motivation
chapter 17: communication
chapter 18: team work

ok..

skang ni aku confuse....info yang die bagi dalam kelas tak sama macam ni...
aku confuse chapter 19 masuk tak about controlling.

esei masuk topic apa.....

emmmm....aku ada check gak.. setiap kumpulan masuk topic lain2

ok HELP ME...

Tuesday, March 14, 2006

rahsia wanita vs bukan rahsiaku

Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. sebabnya aku tak suka nak menangis depan orang seolah2 meminta simpati dan menyerlahkan kelemahan diri...kadang2 ego tu perlu.

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. sebab aku akan jadi lebih marah nanti.....ada kalanya sesuatu itu tidak memerlukan penjelasan dan pujukan.

Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). macam aku gak, zull u ar the best in the world.....sape nak mengaku laki die ada kelemahan.

Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluardengan lelaki lain. yap...tapi tak bermakna itu adalah cinta...

Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperticoklat!!...aaarrgghh....cepat2 masuk balik dalam peti sejuk.

Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. Kadang kala pujian itu mendatangkan keburukan dan menyebabkan kita lupa diri..

Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. waaarrr....jangan bunuh diri..mati sesat ma....

Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. mungkin hati die akan cair balik...hahaha..

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. Lagu teman tapi mesra best ape......

Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. kecik gler ati aku kalu ada orang cakap gitu...setiap orang ada kelemahan dan kelebihannya...bukannya tak bermakna langsung.....apa lu ingat lu hebat sangat ke?

Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. waar...bosan gler ma....buat lah lawak baik punye cilok skit2......hidup mesti happy

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidakberminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akantahu berita tersebut. mula2 mesti jual mahal.....baru best..pastu bolehlah proses rundingan akan dilaksanakan....ni dikatakan cabaran dalam proses perundingan...

Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. betul gak...tapi kita kene senyum ngan sume orang .,..kang kata sombong, sape yang rugi....senyum skit2 dahlah. jangan buat orang perasan dah lah.

Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. cinta bermula dengan persahabatan...dari mata turun ke hati...baru kekal lama...

Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. betul...ingat dengan sume lelaki boleh kuar sesuka ati ke.....mungkin die tak percaya, jadi perbaiki diri anda untuk anada mungkin perbaiki diri untuk perempuan..ok

Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. mungkin sesuatua kan terjadi...try your best..chaiyo'

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!. ingat hati n perasaan same ke..lain0lain ma....jangan serkap jarang atau buat pendirian sendiri....tak salah bertanya dari sesat jalan.

Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. yap...tapi bila die dah jumpa lelaki lain yang lagi bagus...napelah aku tak jumpa lelaki ni dulu lebih awal dari yang sekarang....

Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalahrajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. ilmu tu penting utk tambah pengetahuan..kalu tak sape nak baca buku2 cinta tu....

Bila setiap kali gambar kelas keluar,bendapertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. sebab biasanya perempuan suka nak bergambar sebelah dengan orang ynag die suka...nak tengok padan ke tak...

Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! zull...kau lah segala-galanya..luv u so much

Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. ye..maksudnya ada orang yang ingat n hargai.

Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. tapi masih ada rahsia untuk diri sendiri je yang tahu....

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. ye..lah...nak usahalah sendiri...main jalan belakang plak...tak best langsung....gentlelah skit

Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. tapi cinta bukan segala-galanya...remember this

Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..tapi bukan semua wanita menyintai lelaki yang menyintai mereka....kerana lebih baik pilih lelaki yang menyintai dari dicintai.

Senjata wanita adalah airmata!!...sebab lelaki pun lemah dengan air mata seorang wanita...tapi tak semua air mata itu benar.

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulushati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. ya...aku ingat lagi suprise party birthday untuk aku...n tak kan melupakannya...

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah ye......